Tuesday, August 2, 2011

Perginya beliau moga dirahmati

Pertama2 sekali mari kita sedekahkan al-Fatihah buat beliau, moga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah
.
.
.
Seminggu dah berlalu dan sy masih tak dapat menerima berita kehilanganya..
Rasa cam semuanya lakonan, sebab beliau hilang dalam sekelip mata.
Beliau diberi nama Nur Amira bt Fadzil, baru berumor 17 tahun.
Walaupun tak begitu rapat, kehilangan beliau amat dirasai semua.
Tak sempat beliau nak meneroka hidup ini.Citanya nak menjadi doktor gigi hanya tinggal harapan.
Harapan keluarga kini beralih arah.

Semuanya terjadi akibat kemalangan yang berlaku di persekitaran Gurney drive.
Beliau dalam perjalanan nak menghadiri tuisyen, tapi Allah menjemputnya dahulu.
Moto yang dipandu kakak beliau jatuh sebab ada van kuar dari parking tepi jalan tanpa melihat ada tak pengguna jalan time tu. Beliau terpelanting dan tengkuknya patah. Setelah mengalami pendarahan terok di kepala, beliau meninggal dunia di tempat kejadian.Sayu hati mak dan ayah beliau yang baru balik dari kerja, terus bergegas ke tempat kejadian.

Wajah kecil dan pucat beliau sy cium. Tak sanggup hati ini nak menatap wajahnya lebih lama.
Sayu, sebak semuanya ada. Setiap kejadian ada hikmah-Nya.
Diharap keluarga beliau tabah menghadapi kehilangan beliau.
Sesungguhnya beliau sentiasa di hati kami semua.

Al-Fatihah.

4 comments:

Lea Isnawi said...

sedihnya

alfatihah
moga Allah cucuri rahmat buatnya

Sahabat USMKK said...

Assalamualaikum wbt,

Al-Fatihah kepada arwah sahabat kamu, moga beliau diampunkan segala dosa dan termasuk dalam golongan orang2 yg mendapat rahmat Allah. Sesungguhnya beruntung orang yg memperoleh rahmat Allah kerana itulah syarat mendapat syurga-Nya.

Cuma jika betul kamu sayangkan dia, harap dapat ganti gambar diatas dengan gambar yg lain kerana kamu telah menyebabkan beliau terseksa di kubur. Cuba bayangkan azabnya jika 100 orang lelaki melihat auratnya (rambut terdedah & badan), sanggup ke kamu? Nauzubillah.

Mungkin niat kamu baik, tapi kamu telah menyebabkan sebaliknya. Bukan saja beliau, tapi kamu juga turut mendapat dosa kerana mempromosikan auratnya. Masih ada ruang lagi utk perbaiki keadaan,sama2 kita istighfar dan bertaubat. Ambillah peluang bulan Ramadhan ini utk meraih keampunan & rahmat-Nya. Bukan semua orang beroleh peluang ini, sahabat kamu pun tidak berpeluang bersama dalam Ramadhan ini. Jadikan Ramadhan kali ini yg terbaik, anggaplah ini Ramadhan terakhir kita.

Maaf jika ada tersilap bicara dan tersalah kata dgn perkongsian ini. Hati terpanggil & tercuit sebab ahli keluarga sy pun baru meninggal sebelum Ramadhan.
Wallahu'alam.

Cuba tengok kat sini:
http://cahayapemimpintertinggi.blogspot.com/2010/10/azab-buka-aurat-wanita.html
http://www.nazira.biz/?p=p_33&sName=AURAT-WANITA

Fatin Athirah said...

@lea: thanks tlg sedekahkan la fatihah..

@shbt usmkk:thanks jugak sebab tegor.sy dah remove gmbr tu. :)

sang pujangga said...

al fatihah....