Saturday, August 20, 2011

Lailatul qadar

Assalamualaikum wbt...

Rasanya belum lagi ucap selamat menyambut ramadan al-mubarak dan hari ni dah hari yang ke-20.
Syukur alhamdulillah sebab masih lagi bernafas, berpeluang untuk beribadah kepada-Nya.
Esok masuklah kita fasa ke-3 dibulan ramadan iaitu fasa keampunan.
Maka marilah kita beramai2 mengejar malam lailatul iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan.

Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) itu pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin RABB-nya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al Qadr [97] : 1-5)


*jangan korang tak kusyuk cam budak2 ni plak*

Sesungguhnya menghidupkan malam lailatul qadar membuktikan tahap keimanan seseorang.

Dari Abu Hurairah ra, bersabda Nabi SAW : “Barangsiapa menghidupkan malam Laylatul Qadar dengan iman dan mengharap ridho ALLAH SWT maka diampuni dosanya yang terdahulu.” (HR Bukhari, I/61, hadits no. 34) 

Menurut jadual yang dikeluarkan oleh Imam Shafi'i, jika 1 Ramadan jatuh pada hari Isnin, kemungkinan besar lailatul qadar jatuh pada malam 21 Ramadan. Maka marilah kita berlumba-lumba beribadat, mengejar lailatul qadar untuk mempertingkatkan iman dan memperoleh keampunan dari-Nya. Moga Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyallah...  

3 comments:

Jajas said...

tq info ni...

EnciK AxixOu said...

kite kene berlumba dr awal . xleh berlumba kat last2 . nt semput lak . cm lumba lari . kne panaskan badan dlu bru leh berlumba .

Fatin Athirah said...

@jasman: sama2..

@bulat i2 circle: yup...kena la start engin dari awal..tkut tggu last baru nak start,pancit plak nnti :)