Sunday, February 6, 2011

Selamat Tahun Baru Cina dari Najib Razak

Beberapa hari lepas tengok berita, PM kita ada send personal email utk rakyatnya. Tak semua tapi yg mana dapat dianggap bertuah.
Baru hari ni cek email sbb slalu byk notification fb ja.
Dalam banyak2 tu tak sangka plak ada email dari Najib Razak.
Rasa bertuah seketika.
Ini emailnya..~

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.


Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.


Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.


Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!




Ikhlas daripada

Najib Razak & Keluarga




p/s: I hope still not late to wish Happy Chinese New Year to all my chinese friends.
 May this year brings you luck.

2 comments:

FurBall said...

wow...hot gler ko sampai najib pon bg email..ahahaha

Fatin Athirah said...

=P