Sunday, February 6, 2011

@Cuti-cuti Cinta : Kenduri Makcik Maziah

Actually bukan Cikgu Maziah la yg kawen tp anak dia, Wafa yg dulu penah jadi anak murid sy masa dia nak SPM. Masa tu sy dah 2nd year dok USM blajar biologi, tapi sy ngajar dia fizik n maths becoz I love physic and maths very much till I can't forget about it. Dengan bersemngat, study balik subjek SPM. Maklum la, dulu matrik amek fizik, nak jadi jurutera tapi cita2 terhalang...nak buat camna. Alhamdulillah, keputusan SPM dia memberansangkan.

Cikgu Maziah ni plak kawan baik mak. Disebabkan dia cikgu pencen terlekat la nama cikgu instead of makcik. Takpe la, mana2 pun still ada hormat kan? ;)

Dulo2 makcik Maziah ni slalu lepak umah sy. Dia ada sakit, so kena makan ubat. Kadang2 tu ngah besembang ngan mak, dia leh lak tidor. Lawak tol cara makcik ni. Dah la innocent n jujur. Tak suka, ckp terus terang je. Ada skali tu mak g kenduri ngn dia pakai jubah kebaya. Makcik ni leh tanya tu pesyen baju apa. Cian tol dia, dia tau baju kurung semata. Dah tu bg dia kain nipis kain murah, kain tebal mahal. Sebab tu bju dia byk cotton ja. Respek makcik ni sebab innocent dia down to earth gila sedangkan laki dia kaya gila. Umah besar gedabak, kreta besusun. Maklum la, laki dia ni pengarah syarikat ape ntah. Stop pasai makcik ni, sembang pasai si Wafa ni lak.

Wafa ni kalau tak silap muda 3 tahun, thats mean baru umor 20 tahun la. Laki dia lak x sure, rsanya 25 tahun, tapi dua2 still blaja, n kalo tak silap tahun yg sama...1st year. Dengar cte laki ni senior skolah dia dulu. Sambung blaja kat oversea, tapi sebab tringat tangkap cintan sgt kat Wafa ni, dia balik blaja kat Malaysia. Bila dah kerap kuar bersama, mesti la mak ayah risau...cepat2 di kawinkan. Tapi makayah still tanggung...bestnye! huhu...kalo mak aku sure takdak punya nak wat cmni. Takpa2, sy pun tak mau. Perlu matang, bertanggungjawab dan bersedia baru leh kawin. Yg paling penting, kewangan kena stabil....

Tak sempat nak jumpak pengantin sebab masa kami sampai, dia baru je kuar utk outdoor photoshoot. Tak nyempat nak tengok keanggunan pengantin serba kelabu haritu.

Tenkiu makcik maziah sebab jemput, makanan mmg terbaik! Macam nak bungkus bwak balik ja dadih kampung yg sedap...Segan nak amek gambar sebab ramai orang tua time tu, ini ja yg mampu.


Mama, u r still vogue! Tambah plak merah makngah. I heart u.



p/s:slalunya 4.30 am dh smpai USM, tp sebab bus lmbt semalam,benti lak kat tempat jauh, 8.30 am bru smpai. terpaksa la ponteng lab.hehe

No comments: