Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kenalah langgar
Budak hitam tinggal sembilan
Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudahlah jatuh
Budak hitam tinggal lapan
Lapan budak hitam makan sangat gelojoh
Satu senak perutnya kini tinggal tujuh
Tujuh budak main pula tanam-tanam
Satu sudah lemas tinggallah enam hey...
Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tertelan biji
Budak hitam tinggallah lima
Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kakinya
Budak hitam tinggallah empat
Empat budak hitam
Main biji saga
Satu termasuk di hidungnya
Budak hitam tinggallah tiga
Tiga budak hitam
Usik orang tua
Satu kena belangkung
Budak hitam tinggallah dua
Dua budak hitam main pula lempar batu
Satu jenduh kepalanya kini tinggal satu
Satu budak hitam sangat pula susah hati
Dia tak mahu makan lalu mati hey...
Hey budak hitam... budak hitam... budak hitam
Artist: A Romzi
Tetiba tringat lagu nostalgik zaman kanak2 dulu.
Dulu tak penah pun tahu lagu ni sampai habis, smpai sekerat ja mesti dah lupa.
Wahh...bestnya zaman kanak2. Kalau lah boleh undur masa or pergi ke masa2 yg kita nak kan best
(mula la brangan benda2 tak logik ni..haishhh)
Makin dewasa makin banyak masalah,beban dan tanggungjawab.
Tak boleh dah nak sntiasa main2 mcm dulu...huhu
2 comments:
zaman kanak2 best je kan
haah..main tudung tin, kat tepuk bla bla bla...
Post a Comment