Friday, February 11, 2011

Doa utk ibubapa

Mak sy cakap kalo 3 solat berturut2 tak doakan ibubapa dgn sengaja (tak lupa,mmg tak mau doa) akan berdosa. Tapi sy tak dpt nak cari hadith untuk memastikan nya. Tapi sebagai nak yg soleh/solehah, perlulah kita sentiasa mendoakan ibubapa yg masih hidup ataupun telah meninggal dunia kerana jasa mereka membesarkan kita tak mungkin terbalas. Apatah lagi ibubapa yg tiada lagi di bumi yg fana ni, sebab bila mati putuslah segalanya kecuali doa anak yg soleh.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Sedang sy mencari hadis berkaitan td, terjumpa pulak yg ni.
Tiada kaitan tapi menarik, haruslah di kongsi.


Amalan suami semasa isteri mengandung.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :


*Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

*Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

*Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

*Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

*Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

*Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

*Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

*Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

*Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

*Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

*Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

*Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.




Adab suami ketika isteri sedang mengandung


Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :


*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."

*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

#Kredit kepada MuslimDiary

 
~Renung2kan dan selamat beramal~




3 comments:

my ^o^ said...

sgt2 berguna untuk suami..heheh

FurBall said...

tq!!eyh..aku blom bergelar suami pon lg~_~

Fatin Athirah said...

takpa..pesanan utk msa dpn