Wednesday, October 27, 2010

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yg tau..

Hari ni sy nak cte pasal kawan sy.Kisah hidup dia yg mmg mcam dalam novel.indah je.

Sy bekenalan dgn Atikah masa kitorang g kem Puteri Tengah kwsan Seberang Perai Selatan. Lupa plak nama tempat camping tu. Dalam kemah tu ada sy, Atikah n Salwa (schoolmate sy) tapi Salwa ni selalu menghilang tak tau p mana. Kalo x silap dia orang penting kot, tu slalu hilang. So sy pun kemana2 ngan Atikah ni. Dia skolah Barakbah. Orangnya putih, kecik, lemah lembut and ayu. Sedap je mata memandang. Dia cam agak alim. Bila pandang muka dia pun dh nmpak cahaya, berseri-seri.

Kami akan contact setahun 2 kali, iaitu masa dapat free kol tym besday sy, and tym besday dia. gayutlah berjam-jam tanya itu dan ini. Sebab tak tahu nak kol sapa, ramai kwn baik pkai celcom. Pada tahun 2008(kalo tak silap la) dia ada cte, kawan sekolah dia yg tak penah dia kawan, tiba2 contact dia n luahkan rasa hati. Kalo boleh nak memperisterikan dia. Katanya, kalo Atikah tak terima, mungkin dia tak jadi nak sambung belajar di luar negara. Pada umur 20 tahun, tiba-tiba org yg bukan disekeliling anda, bukan rapat ngn anda ajak kawin? Mestila perlu masa utk pk kan? Camtu gak Atikah ni. Dilema..nak trima atau tak?Tapi dia tak ada teman istimewa pun. So apa salahnya terima..

Ogos lepas dia contact lg, jemput datang kenduri. Alangkah terkejutnya sy masa tu. Tapi sayang tak dapat g sebab ada class time tu. Tak leh nak balik. Apa pun sy ucap selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu. Beberapa hari lepas sy YM ngn Atikah, sebab tak bebual pun lg selepas dia bertukar status. Sebulan lepas kahwin, dia ikut suaminya sambung blajar kat UK. Bila disoal tentang bulan madu, katanya tiap hari bagai bulan madu. Yelah, baru kawin tmbah pulak kat tempat orang, duit pulak masuk tnpa perlu bersusah payah. Cuma perlu belajar bersungguh-sungguh.Semuanya indah. Bagaikan mimpi, sekelip mata dah berubah. Macam kisah novel kan? Betuah dia. Buat masa sekarang dia hanya jaga diri sendiri dan suami, tak perlu keja.Sy tumpang hepy untuknya.

Tak dapat nak luahkan cmna perasaan sy utk Atikah, yg pasti sy doakan dia bahagia. Sy tak impikan hidup sy seindah karya novel. Mungkin itu semua boleh berlaku, tapi sy pilih untuk menempuh segala susah senang hidup bersama orang yg sy cintai, Mohammad Erwan Hairuddin. Tak mungkin sy berpaling sayang.
Sapa yg tak nak kawin kan?tambah pulak kawin di usia muda, mesti bahagia kan? Selain seronok, ada lg tanggungjawab lain yg sy kira tak mampu lg utk sy tanggung. Mungkin bila segalanya dah stabil, terutamanya ekonomi, sy akan tamatkan zaman bujang. Semoga hidup sy cepat stabil. Doakan hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Kepada Mohammad Erwan Hairuddin, sy cintai awak sangat. Tak ada orang lain lam hati sy selain awak.

No comments: