Saturday, March 27, 2010

Ini Bukan Kisah Novel

Wataknya cuma dua :

  1. Perempuan nama Hani (bkn nama sbnar)
  2. Laki nama Azman (xtau pun nama sbenar)

        Kisahnya bermula dgn percintaan yg romantis. Hani adalah seorang pelajar kolej manakala Azman pula engineer yg sedang meningkat maju. Azman adalah anak kepada pengarah Syarikat Dot Dot. Selepas 5 bulan menjalin ikatan, dan berjanji akan sehidup semati, Azman terpaksa outstation di China selama sebulan. Hani menerima dgn pasrahnya. Sekembalinya Azman ke tanahair, dia meluahkan hasrat utk berkahwin, tp bukan dgn Hani, dgn wanita pilihan keluarga. Katanya, jika tidak menerima rancangan tersebut dia akan dibuang keluarga kerana wanita tersebut adalah anak kepada salah seorang share company di syarikat bapanya. Azman terpaksa terima seadanya walaupun masih sayangkan Hani. Hani merayu-merayu memohon agar Azman membangkang rancangan tersebut kerana tidak sanggup buah hati kesayangan dinikahi perempuan lain. Tapi apakan daya, Hani hanya perempuan lemah yang x mampu utk membangkang dan Azman pula menasihatinya agar menerima qada dan qadar...(begitu senang laki berkata2 bila tiba saat ini-saat untung sblh pihak.cis.)
  
           Setelah sebulan perkahwinan, Azman menghubungi Hani semula dan menyatakan bahawa dia tidak menyayangi isterinya. Kononya dia tidak boleh hidup tanpa Hani di sisi kerana terlalu menyintainya. Isteri di rumah mula diabaikan dan Hani pula dihubunginya setiap hari. Makin hari Hani semakin terubat rindu tapi lama-kelamaan bertukar menjadi rimas pabila Azman menyatakan utk memperisterikanya (tapi bini no 2...watpa..x syok langsung!). Hani gembira bukan kepalang, tapi sebaik saja Azman menyatakan syaratnya, Hani bagai gugup jantungnya. Tak sanggup punya kehidupan sebegitu rupa.

Syaratnya:
1. Kawin di siam
2. Tinggal di Kuala Lumpur tetapi Azman di Alor Setar bersama isteri pertama
3. Tidak boleh berjumpa/ harus berlakon di hadapan keluarga
4. Tidak boleh mempunyai anak

#Jap2...life apa cmni..ada ka org nak hidup cmni??Kalo aku syg laki tu pun x sanggup aku hidup cmni..ini realiti bukan fantasi!Ok2 sambung balik...

Setelah berfikir panjang, Hani  menyatakan bahawa dia tidak sanggup diperlakukan sebegitu dan dia juga x sanggup utk memusnahkan mahligai bahagia org lain kerana dia juga wanita yg mempunyai perasaan. Maka dengan rasminya berakhirlah hubungan mereka. Tapi Azman masih tidak dpt menerima kenyataan dan sentiasa merayu kepada Hani...Enatah bila dia akan paham

Konklusinya laki harap berfikir panjang sebelum membuat keputusan kerana perkahwinan bukanlah perkara mainan dan tlg, TLG jgn mainkan perasaan wanita yg anda sayangi. Dan wanita, berhati-hatilah memilih pasangan. Kenali hati budi dahulu.

So tamatnya la kisah ni. Diharap Hani akan terus tabah menjalani hari2 nya dan sy sbgai rakanya akan sentiasa menyokongya.Ku doakan agar kau dipertemukan dengan lelaki yg lebih baik, lebih menyayangimu dan menghargaimu seadanya.Em, harap maaf kepada Hani jika sy siarkan cerita ini. Hanya utk peringatan dan agar mereka yg membaca mendoakan kamu...I Love U.

Sekian.

5 comments:

DarkArtz said...

........

Cik Gojez said...

pecaya ka??

DarkArtz said...

tak semua laki camtu.........
huhuhu.........

Amalina E Azmi said...

mmg x semua. but mostly rite? lol

to hani: semoga hani tabah. lelaki tu bkn jodoh hani. sokay. u deserve some1 that is much much better than him. oke :D

Cik Gojez said...

aha...not semua but mostly..
think again