Saturday, February 6, 2010

Hanya ingin berkongsi

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk

adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang
ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah
orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin
adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah
orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling
cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Kadang2 kita alpa dgn duniawi sehingga terabai hal akhirat..lwt2kn solat dan kurang mendekatkn diri ngn Allah..pas bc email ni aku terdiam seketika mengenangkn ape yg aku dh wat slama ni ckupkah sbgai bekalan aku d sana nnti..harapnya msg ni dpat memuhasabahkn diri korang dan ak..
cepat2 g smyg isyak..hehe

No comments: