Friday, April 29, 2011

Di mana intergriti seorang guru?

Setelah 4 tahun berada di bumi Kelantan ni baru sy tahu cikgu sekolah sy mengajar di Besut.
Semuanya bermula pabila ktorang terserempak kat Mydin Kubang Kerian (depan USM ni haa)
Mulanya sy nampak Cikgu Idrus. Tak ingat dia ngajar subjek apa tapi dia penah ajar subjek seni/lukisan (eh, ada ka aku amek subjek ni dulu?) kot masa Form 1. Perkara yg sy paling ingat pasal cikgu ni ialah ......

Masa tu Cikgu Idrus ni keluar kelas jap.Eh, tak sure la dia ngajar lukisan ka dia masuk sbg cikgu ganti (takpe, tak penting tp scene pasni mmg menjadi ingatan). Dah sebab tak bape nak penting sy pun tido pas cikgu kuar kelas (hehe...sy mmg suka tido lam kelas ni.Kira hobi la jugak). Then sy terjaga sebab rasa cam ada sumting kat tangan. Bila tersentap ja dari tido sy terkejut tangan sy penuh dakwat merah. Rupanya cikgu tadi di letak mata pen merah atas tangan. Bila sy gerak2, terhasil la lukisan yg indah sampai la sy bangun. Pastu cikgu tu blah selamba ja..Owh, mmg geram tapi malu pun ada gak. Takde la sampai semua org tengok sbb ada gak org len yg tido...tapi insiden tu mmg sy akan ingat sampai bila2. Dah la cikgu tu hensem dulu2 (sekarang pun still hensem).

Sy lupa Cikgu Idrus ni ada isteri yg mana isteri dia, Cikgu Zarina Azian ngajar sy Addmath masa form 5. Cikgu zarina ni cikgu kesayangan sy sebab sangat lah baik, lemah-lembut and caring. Ngajar pun tak penah marah. Dan paling terharu sbb terasa cam anak murid kesayangan cikgu sebab slalu dapat high mark..hehe (yeke kesayangan?ntah2 prasan sorang2). Setahun lepas sy habis sekolah upenye Cikgu Zarina pun pindah mai Besut, ikot Cikgu Idrus tukar ngajar kat Maktab Perguruan Besut. Dan sy pun tak contact dah cikgu sampai  lah hari kitorang terjumpa hari tu.

Rancangnya nak pegi umah cikgu sebelum meninggalkan Kelantan ni tapi kesibukan menjadi penghalang. Bila sy free, kawan sy lak sibok sampai hari ni. Malangnya rancangan nak pegi umah cikgu harini tak kesampaian sebab cikgu datang Kota Bharu nak hantar anaknya. Akhirnya kitorang jumpa jugak kat Radix FC tadi n cikgu belanja makan, yeay!

Sebenarnya...tadi tu intro (terlebeh bebel lak, maaf yep). Nak citer kat korang apa yg cikgu Zarina citer tadi. Sejak tahun pertama dia mengajar kat kawasan Besut kot (2007) insiden ni dah berlaku dan berterusan sampai sekarang. Katanya budak-budak skolah kat cini dibenarkan meniru semasa exam (tapi ada had la,xleh bising2). Tak kira lah UPSR, PMR or SPM. Pengawas(cikgu gak) yg jaga exam akan melapok menyembang kat blakang n buat2 tak prasan budak2 ni meniru. Yang teruknya ada sekolah kat Kelantan katanya, cikgu yg bertugas sbg pengawas peperiksaan kat sekolah lain sanggup call student dia pagi2 sebelom exam sebab nak bagi tau jawapan kpd soalan yg dia tengok tadi. Ish3, teruk betol kalo semua cikgu macam ni. Macamana la pelajar2 tak macam ni, upenye ikot attitude cikgunya. Kalo macam ni tak berkualiti lah pelajar2 ni bila habis sekolah. Nak salahkan siapa?

Minta maaf ye kepada Kelantanese and Terengganuians (main belasah je kan sy nak sebut ape..haha.janji korang paham). Maybe bukan sekolah korang or zaman korang yg cikgu buat camni tapi ni lah hakikatnya kat segelintir sekolah harian kat cni. Hilang integriti seorang guru. Mana pergi janji dan sumpahnya? Hanya mereka yg mampu menjawabnya. Patut la rating result exam sekolah2 Terengganu(certain only) sentiasa membanggakan. Bukan niat nak memalukan or apa tapi nak sama2 amek pengajaran. Pantau2 la adik2 or anak korang. Memanglah result bagus tu bagus tp takdak kualiti takut terjejas lak masa depan. Renung2 kan~

p/s: sy tak maksudkan semua guru ye. hanya sesetangah yg melakukannya tapi golongan ni meruntuhkn integriti insan yg bernama guru. Kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Bukan semua ye...harap maaf.hanya berkongsi.
.
p/s/s: mak aiiii...panjangnya entri kali ni. Harap maaf sy tak pandai nak wat summary. :)

2 comments:

Unknown said...

Ehem.
Nisah rasa x fair lah klw Atin generalizedkan cmni..sbb klw bce ayat atin, mcm smua cikgu kat Klate n Trg wat cmtu, just sebab nk kekalkan rating.. MAYBE ade skolah yg wat cmtu, who knows..tp bukan smua.. and sangat x fair klw just because a small group of ppl yg wat hal, smua org kena.
Contoh, org pakai tudung, tp wat maksiat bagai ngan bf.. Fair ke klw generalizedkan smua org bertudung wat benda cmtu? x kan?
;)
Pasal rating, kita xtau ape effort org lain wat utk achieve kejayaan tu. Xkira duk katne pn, rezeki masing2 yg Allag bg..

sowie terpanjang lak. Sbb both my parents cikgu, n raaaamai cikgu yg nisah kenal sgt profesional.
X kira issue race, agama, negeri, gender or whatsoever, I'm not a fan of hasty generalization. :)

Fatin Athirah said...

sorry nisah...bukan semua.i mean certain group of people only doing this and it's effect all the teacher name..
bgus la mak ayah nisah bukan mcam tu n harap dpt ubah ckgu2 yg lain tu